Thursday, March 15, 2012

Cinta suci bak mutiara

Assalamualaikum. Setelah aku membaca al-quran, mesej dari si dia telah berbunyi di telefon aku. Hurm, aku tak tahu kenapa aku kini semakin jadi sensitif. Aku tak boleh bergurau senda dengan dia seperti dulu. Bukan dengan dia sahaja tapi dengan orang2 yang lain. Jika mereka memaksa pasti aku naik darah >marah< . Bukan apa, aku merasakan bahawasanya kita ini tidak menghoramti perasaan orang lain.

Aku tahu teguran aku terhadapnya tadi sedikit2 memberi kesan yang menyakitkan namun percayalah sayang, pasti suatu hari nanti kau ketahui sebab di sebaliknya. Maafkan aku.

Dan, selepas aku membaca Al-quran juga tadi, aku termenung terkenang arwah mak dan baba. Adakah mereka tenang di sana? Aku rindu mereka sangat2. Moga Allah tidak seksa roh mereka kerana dosa mereka yang lalu. Aku mohon moga Allah ampunkan mak dan baba di sana. Aku sayangkan mak dan baba. Cinta aku milik mereka berdua. Mereka telah banyak mendidik diri ini menjadi insan yang berakal. Terima kasih mak dan baba. Moga kita bertemu lagi ya..


No comments:

Post a Comment