Sunday, February 19, 2012

Sabar..

Setelah kita bertemu, air mata ni bagai mahu mengalir. Oh kau berpisah lagi dengan aku. Adakah dapat ku tatap wajah mu yag comel itu? Aku selalu berangan yang ko tak bersama aku. Kerana impian aku hanye menginginkan kebahagiaan ko. Bila dapat lihat ko tersenyum memeluk orang yang paling ko sayang nanti pada masa akan datang, akulah orang yang paling bahagia (walaupun terhiris sedikit hati ini). Aku dapat nampak kemanisan cinta ko terhadap si dia seperti mana aku berikan pada mu. Aku pula ingin alirkan cinta aku kepada Allah. Aku tahu, cinta aku terhadap Allah begitu rendah, dan dengan fokus kepada Allah, insyallah memberi waktu kepada aku membalas cinta Allah sejak roh ku ditiup dulu. Semua ni Allah yang mengizinkan. Allah yang mengkehendakkan kesemua kejadian ini.

Aku sendiri tak dapat bayangkan bagaimana Allah dan Rasul-Nya saling menyintai. Ya Allah indahnya cinta itu. Allah sentiasa melindungi Nabi Muhammad ketika dulu di saat Nabi susah. Indah sampai tak terhingga mahu diungkapkan melalui kata-kata.

Mampukah Aku merawat hati ini sikit demi sedikit. Adakah mampu aku mendengar kata-kata ini, " Hani, Azmir bakal berkahwin"..
waaa !! aku orang paling murung sebentar.. aku akan masuk dalam selimut aku.. urmm.. gila.. sekejap je kot.. hehehe.

macam mane pon hidup perlu diteruskan. Zaman remaja muda ni, darah muda, semuanya hot dan laju je. Moga aku mudah bersabar... Amin


No comments:

Post a Comment