Sunday, January 1, 2012

Dia..pergilah

Semalam... erm.. teramat sangat tegang urat2 kepala ini sehingga aku terbangun dalam pukul 3 pagi.. hurm..tahun baru pasti sudah di sambut oleh si dia.. ape lagi gunenya istilah "si dia" buat diriku ini.. Sedangkan die tidak terdetik untuk memikirkan ku.. Aku sehingga kini hairan.. Siapakah gerangan yang dia sentiasa fikirkan??? Aku ada tak masuk dalam list ingatan dia?? ke dia hanya fikirkan aku ketika susah, kecewa dan jatuh sejatuh2 nya?? Hanya Allah sahaja tahu.. Namun, aku sebagai manusia berakal dapat mengagak yang dia tidak ingin lagi dah untuk bersuka senda dan menghubungi aku. Tambah pula kehidupan kami sudah berlainan dan persekitaran pun sudah berbeza.. Dia ambil kursus ekonomi sedangkan aku hanya kursus Pengurusan maklumat.. apalah sangat persamaan kami.. 

Sifat dia dan aku tidak banyak bezanya cuma kami berbeza jantina (hehehe) dan berbeza minat dalam sesetengah perkara.. da rest is almost da same.. selalu berseorangan dan selalu jugak berfikir tentang masalah sendiri sampai nak pecah otak..hurmm.. tu sahaj persamaan kami. tapi bukan itu yang aku mahu banggakan.. sekadar pemberitahuan saja. :)

Dulu dan hingga saat kini, aku selalu mengharapkan dia.. puas rakan2 ku memberitahu jangan, jangan dan jangan melukai hati sendiri.. tanpa sedar.. aku sendiri dah banyak melukai hati aku sendiri.. ermm.. kekadang, Allah menemukan kita dengan orang salah bagi kita mengetahui sesuatu yang belum pernah kita tempuhi.. lain orang, lain pengalaman hidupnya.

Aku tidak berani jamin aku mampu melupakan dia dalam masa terdekat ini tapi kira alhamdulilah, kini juga aku makin mampu mengabaikan dia dalam kehidupan seharian aku. Malah, aku menumpukan perhatian aku pada rakan serumah dan study aku.. :) gembira dengan pencapaian diri ini kerana sukar juga dulu aku nak aplikasi kan semua ini. Maklumlah, kini aku tidak keseorangan sangat.. sentiasa ade teman yang berada di sisi.. ada sahaja topik yang mahu dikongsikan.. alhamdulilah.

No comments:

Post a Comment